Generasi pelapis kepimpinan PKR keadilanraya

Pemilihan PKR yang bertukar menjadi pemilihan berdarah di Cabang Kuala Langat, Sabtu lepas telah membangkitkan kembali emosi kemarahan Chegubard terhadap kumpulan Keadilanraya pimpinan Azmin Ali.

Secara menyindir, Chegubard mengucapkan tahniah kepada kumpulan Keadilanraya yang berjaya menukar pemilihan parti kepada penipuan, rasuah dan memecah kepala terhadap bukan penyokongnya.

Md Yusop Kamaruddin, ahli PKR dari Cabang Pasir Salak yang telah dipecat keahlian turut memberi respon terhadap kenyataan Chegubard itu.

“Saya mendesak Presiden Parti membuat satu kenyataan berkenaan apa yang berlaku kepada saudara Zainol dan tindakan hendaklah diambil kepada pihak yag mengarah, berkomplot dan yang melakukan.

“Kita tidak mahu dengar dari Ketua Umum, kerana TIADA DALAM PEMILIHAN PUSAT,”katanya.

Pemilihan PKR, bila nak habis?