Khalid Ibrahim kalah melalui blackout

Nampaknya, Khalid Ibrahim dikalahkan melalui BLACKOUT ketika kiraan undi pemilihan Cabang Kuala Selangor di ibu pejabat PKR. Semakin lama, semakin banyak fitnah Pakatan Rakyat yang patah balik ke muka mereka. Dari isu pengundi hantu, blackout sehinggalah salah guna kuasa dan rasuah.

Rasanya, masalah utama di Selangor sekarang ialah air, tiada pula laporan masalah gangguan bekalan elektrik. Atau ibu pejabat PKR ‘terlupa’ bayar bil? Bersangka baik.

“Keputusan yg tidak releven selepas blackout sewaktu sedang mengira undi. Semua petugas diarahkan keluar semasa blackout.
Bila naik semula kiraan berubah. Siapa yg harus dipersalahkan? TNB? BN? HQ? Pemimpin?” – Shahida Serikandi JB.

“JPP berjaya aibkan Tan Sri Khalid. Blackout berjaya menambah undi lawan mengalahkan beliau sabagai ketua cabang. Dari awal permainan hanturaya untuk aibkan Tan Sri Khalid, orang yang didapati bersalah dan digantung tetiba dibebaskan dan dibenarkan bertanding. Orang yang menyokong Tan Sri Khalid dicabang dipecat dengan alasan yang sengaja direkacipta. Akhirnya, blackout hanya berlaku di tempat mengira undi sahaja dan hasilnya undi sudah berubah. JPP WAJIB LETAK JAWATAN ANDAI KAMU BUKAN ANJING AZMIN,” – Yusup Kamaruddin.

Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi.

Senang cerita, bacalah sendiri : LINK