Mohon Lim Guan Eng dedah tanah yang dijual dan Hartanah milik Pulau Pinang

Guan Eng masih lagi menggunakan hujah lamanya yang menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menjual 35 kali ganda keluasan tanah berbanding Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, tetapi pada harga yang rendah.

Dan untuk membuktikan dia betul, Guan Eng menyenaraikan pula sejumlah projek yang menunjukkan kononnya Barisan Nasional menjual lebih banyak tanah berbanding Kerajaan DAP.

Benarkah seperti yang ditemberangkan oleh Guan Eng?

“Lim Guan Eng sekali lagi mempamerkan kebiasaannya yang kuat menipu dan suka bercakap bohong. Apabila terkantoi, dia cuba menyalahkan pihak lain, enggan mengakui kelemahan dan kesilapannya, sebaliknya mencipta cerita yang bukan-bukan terhadap pihak lawan,” kata Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin.

Hari ini juga, Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong meminta Lim Guan Eng kerajaan memerintah DAP Pulau Pinang untuk mengeluarkan senarai tanah negeri yang telah dijual dan hartanah yang masih dimiliki kerajaan negeri itu sejak memegang kuasa dari 2008.

“Tunjukkan kepada kami ketelusan anda,” kata Oh.

Lim Guan Eng, broker hartanah terhebat di Malaysia sejak 2008.

Guan Eng penyebab harga tanah di Pulau Pinang melambung: SUMBER

Senaraikan tanah dan hartanah yang telah dijual kerajaan negeri: SUMBER