N. Gobalakrishnan dedahkan Tian Chua diarah Anwar palsukan gambar Najib Razak

Pengikut-pengikut Anwar Ibrahim dan seangkatan dalam Pakatan Rakyat tidak sudah-sudah menyebarkan fitnah persepsi yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya.

Sedangkan Najib sudah bersumpah dengan nama Allah tidak mengenali gadis mongolia Altantuya di Masjid Guar Perahu dalam Parlimen Anwar sendiri pada tahun 2008. Pernahkah Anwar menyahut cabaran untuk bersumpah laknat di dalam semua pertuduhan terhadap beliau yang dikatakan ‘fitnah’?

“Tian Chua berjaya mengeluarkan gambar Perdana Menteri dengan Altantuya. Empat orang yang terlibat dalam episod Altantuya selain Tian Chua adalah PI Balasubramaniam dan juga Manjeet dalam kalangan peguam. Perancang utama ialah Anwar dan kami penceramah-penceramah memainkan peranan untuk menyampaikan kepada rakyat dalam usaha memburuk-burukkan imej kerajaan.”

“Balasubramaniam diatur peranannya melalui afidavit, peguam pula melalui keterangan dan semua itu dikawal oleh Anwar. Tampalan gambar tersebut digunakan untuk menunjukkan hubungan Perdana Menteri dengan Altantuya,” ujar N. Gobalakrishnan yang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.”

Tapi, macam mana sekalipun, otak pengikut-pengikut Anwar memang tidak akan boleh dicuci.