Pemilihan PKR – Di mana Ambiga?

Nampak gaya Ambiga cuma berani ‘menegur’ SPR dan kerajaan tetapi tidak pada sekutu-sekutu dan kuncu-kuncunya. Tidak kedengaran suara Ambiga menegur atau menuntut supaya Pemilihan PKR dijalankan dengan adil, telus dan bersih. Adakah ini sikap “orang lain tak boleh, kawan-kawan tidak apa” ?

Bersih hanya satu topeng untuk merusuh dan memburukkan nama negara. Kemudian, diwar-warkan mereka mangsa keganasan polis. Tidak hairan lah kalau Pemilihan PKR juga terjadi rusuhan dan keganasan jika memang sudah mengalir dalam darah mereka.

Perhimpunan Bersih 3.0 dianjurkan di kawasan sekitar Dataran Merdeka selepas kebenaran menggunakan lokasi itu tidak diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis. Inikah contoh yang baik untuk rakyat negara ini dengan degil dan melanggar undang-undang?

Jangan cuba menafikan demonstrasi Bersih penuh dengan provokasi melampau dan menyebabkan harta benda awam musnah atau rosak teruk. Para peniaga terpaksa tutup kedai. Kerugian siapa yang menanggung? 909 kanister gas pemedih mata dan 58 bom pemedih mata digunakan untuk menyuraikan 200,000 orang yang hadir. Salah polis kah jika terang-terang undang-undang dilawan dan tidak mahu bersurai?

Padan muka kena saman. Ambiga, never walk the talk. Kalau berani, tegurlah dengan tegas penyelewengan terang-terangan Pemilihan PKR.

Kerajaan saman Ambiga dan kuncu-kuncu: SUMBER

Bersih KONONnya terima provokasi melampau polis: SUMBER