Syarhan Humaizi – PAS akan dipertahankan dari Parasit Liberal

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal propembangkang untuk memperburuk-buruk imej Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini termasuklah The Malaysian Insider (TMI) telah meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Adakah kerana Presiden Pas mempertahankan Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor membuatkan ada puak-puak yang panas punggung? Tidak habis-habis dengan perang dalaman.

Kenyataan media Ketua Pemuda Pas Selangor: LINK