Syed Mokhtar antara wira dermawan asia

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, 62 tahun muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia. Forbes Asia berkata, Syed Mokhtar telah menderma US$500 juta (RM1.6 Billion) kepada mereka yang terbabit dalam beberapa bencana alam di Asia dan tempat lain.

Bagaimanapun, Anwar di Dewan Rakyat telah cuba menggambarkan Syed Mokhtar sebagai seorang individu tamak, hanya kerana beliau mahu menyah-senarai syarikat beras negara, Bernas dari Bursa Saham Malaysia. Dalam kata mudahnya, Syed Mokhtar mahu membeli semua saham Bernas dan menjadikan syarikat tersebut syarikat Sendirian Berhad.

Eksasais korporat ini bukan perkara baru dalam dunia perniagaan Malaysia. Taikun Tan Sri Ananda Krisnan pernah melakukannya melalui Maxis dan Astro. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan melakukan ‘pembetulan’ pada syarikat sebelum menyenaraikan semula di pasaran saham. Biasanya syarikat-syarikat yang dinyah-senaraikan akan bertambah teguh selepas senaraikan semula.

Persoalannya, kenapa Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan bising sangat berhubung cadangan tersebut?

Penyah-senaraian atau ‘delisting’ oleh Bernas ini dilaksanakan mengikut ‘listing requirements’ yang digariskan oleh Bursa Malaysia dan Malaysian Code on Takeovers and Mergers 2010 yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Walau bagaimanapun, ‘delisting’ Bernas tidak akan memberi kesan ke atas mandat kerajaan kepada Bernas berkaitan obligasi sosial dan kepentingan kepada rakyat khususnya golongan petani. Ini kerana Bernas masih terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

Central Sugar Refinery (SCR) yang mengeluarkan gula pun masih dalam pegangan beliau.Nampaknya, Anwar cuba mengaitkan pengambil-alihan BERNAS dan keputusan menghapuskan subsidi gula kononnya untuk mengayakan kroni.

Secara jujurnya, langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014.Walaupun subsidi sudah dihapuskan, peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan. Tidak timbul soal mengayakan kroni kerana sebelum subsidi dihapuskan, ia ditanggung kerajaan dan kini rakyat membayar terus melalui pemansuhan tersebut.

Memanglah harga gula di Thailand lebih murah tetapi negara itu adalah pengeluar utama gula mentah dunia. Negara pula hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula untuk keperluan domestik dan memerlukan kira-kira 1.3 juta tan setahun. Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah.

Kini terdapat empat buah kilang memproses gula iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam dimiliki oleh Tradewinds yang dikuasai oleh Syed Mokhtar dan Gula Padang Terap Sdn Bhd di Kedah yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV) masing-masing memegang 45% kuota import gula mentah.

Manakala Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) di Prai, Pulau Pinang dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd di Chuping, Perlis milik penuh FGV memegang 55% kuota.

Sesungguhnya Felda Global Ventures kini adalah Raja Gula Malaysia menggantikan legenda Keluarga Kuok yang melepaskan kesemua kepentingan perniagaan gula kepada Tradewinds dan FGV.

Sebelum Syed Mokhtar ambil Bernas, kita maklum banyak ketirisan dalam syarikat tersebut. Pembangkang juga bising pasal ketirisan tapi bila Syed Mohktar memegang kepentingan dan tak berlaku ketirisan, kejayaan Syed Mokhtar menyakitkan hati pemimpin pembangkang.

Pelik.

Kata Tan Sri Syed Mohktar : “Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.”

SUMBER 1

SUMBER 2

SUMBER 3