Ahli PKR desak Anwar Ibrahim letak jawatan Penasihat Ekonomi Selangor

Ahli PKR desak Anwar Ibrahim letak jawatan.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan lemah dan gagal sebagai Menteri Besar Selangor, bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor juga lemah dan gagal, maka Anwar perlu perlu meletakkan jawatan, kata Hanafiah Husin, ahli PKR dari Cabang Kota Raja, Klang.

Gesaan Hanafiah itu turut dipersetujui rakan-rakan Facebook nya.

“Setuju penasihat letak jawatan..Malah takyah berpolitik lagi,” kata Norizwan Mohamed.

“Memandangkan perangai buruk DSAI yang berat sebelah hanya condong pada sebelah pihak maka DSAI sudah tidak relevan lagi,” kata Ahmad Halimi Samm.

“DSAI punya statement pun pusing-pusing.. Dan saya bagi jaminan.. Pertukaran MB akan berlaku selewat-lewatnya sebelum 30 Syawal..Dari akar umbi disodok kot,” kata Radzuan Fi Radzi.

Menurut Hanafiah, pada tahun 2009, mendiang Karpal Singh pernah menggesa Anwar bertaubat berkaitan dengan lompat melompat parti hingga tumbangnya kerajaan Pakatan Perak.

Kini, perkara tersebut juga turut berlaku di Selangor.

“Anwar Ibrahim harus bertaubat!,” Kata Hanafiah.

LINK