Bomba letak pita pelekat untuk kesan pergerakan tanah

Salah satu sebab anggota bomba letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat pergerakan tanah dan BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA!

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku di lokasi tersebut.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan.

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum member komen yang berunsurkan GURAUAN.

Pendek kata, lawak bodoh biar bertempat.

FB rasmi Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia: LINK