Dr. Zuhdi (Pas) – Pertikai kuasa ketua umum PKR yang tiada batasan

Berikut Adalah Antara Contoh ‘Dictatorship’ Anwar Ibrahim:

1. Mengumumkan projek 16 September 2009 tanpa berunding dengan PR.

2. Mengumumkan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika PR menang, sedangkan tiada perundingan langsung di peringkat negeri dan pusat.

3. Mengumumkan Lim Kit Siang bartanding di Gelang Patah, tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor.

4. Mengumumkan Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa mengambil kira cadangan yang telah di kemukakan parti-parti lain sehingga banyak perkara tertinggal, seperti isu padi, petani, nelayan dan Felda.

5. Mengumumkan strategi Kajang Move sedangkan pimpinan PR tidak dimaklumkan lagi.

6. Mengumumkan Wan Azizah sebagai calon MB baru sedangkan belum pun ada perbincangan kalangan pimpinan PR tentang patutkah Tan Sri Khalid Ibrahim diturunkan.

Boleh saya tahu apa status sebenar jawatan Ketua Umum PKR? Apakah bidang kuasanya? Bagaimana ia dipilih? Dan bagaimana kedudukannya dalam Majlis Presiden PR?

Saya tanya sebab bidang kuasanya seperti tiada batas dalam PKR dan PR.

Baca sendiri dan tolong berikan jawapan bukan meroyan:

LINK 1

LINK 2