Hapuskan AEDES cegah DENGGI

Sehingga 28 Jun 2014, sebanyak 44,518 kes jangkitan demam denggi dilaporkan seluruh negara. Oleh itu, mari kita sama-sama perangi nyamuk aedes dan hapuskan tempat pembiakan jejentik disekitar kediaman kita. Demam denggi boleh membawa maut. Sebarkan peringatan ini kepada rakan-rakan dan keluarga kita.

Perdana Menteri Najib Razak juga telah umumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas untuk menangani kebimbangan umum tentang peningkatan kes demam denggi sejak akhir-akhir ini di seluruh negara.

Pasukan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu akan turut disertai oleh menteri-menteri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kerja Raya.

Pasukan itu juga akan turut melibatkan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi-agensi berkaitan.

Sayangi nyawa kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita.

SUMBER