Kipas Wan Azizah lambang kronisme nepotisme keluarga Anwar Ibrahim

Orang yang saya paling kasihan buat masa sekarang adalah penyokong PKR.

Demonstrasi Bersih berguling-guling atas jalan, berpanas dan kena sembur air. Memperjuangkan pilihanraya yang kononnya tak adil. Tetapi apabila PKR jalankan pilihanraya, 3 bulan masih tak sempurna lagi.

Kecoh pasal rasuah, penipuan dan blackout. Bukan orang BN yang kata wujud penipuan tetapi penyokong PKR sendiri yang melolong. Semua yang mereka tuduh kerajaan buat, rupanya mereka yang buat.

Selepas itu Anwar Ibrahim suruh calon Kajang letak jawatan untuk naikkan isterinya. Yang pelik, Anwar Ibrahim bercakap atas pentas tentang kronisme.

Anwar, jawatan Ketua Umum. Jawatan Anwar tidak pernah dipertandingkan.

Isteri, Presiden parti.

Anak perempuan, Naib Presiden parti.

Semua ahli keluarga. Ini bukan dipandang sebagai kronisme pula oleh penyokong tegar Anwar Ibrahim?

Sekarang Anwar nak naikkan pula isterinya jadi MB Selangor. Apa pengalaman Wan Azizah hingga layak menjadi MB Selangor?

Anda kalau jumpa Zombie PKR, anda tanya mereka kaedah Anwar memasukkan anak isteri dia dalam jawatan. Bukan melalui sistem yang betul.

Isterinya memang dirancang jadi MB melalui cara ADUN Kajang letak jawatan untuk Wan Azizah bertanding. Selepas itu, Anwar mahu paksa Khalid meletakkan jawatan supaya digantikan isterinya. Semua sistem dan undang-undang dilanggar kerana mahu naikkan anak isteri.

Anda tanya zombie-zombie PKR, kalau Anwar jadik PM, dia akan letak jawatan kah kalau kalah? Nampak gaya dia mahu jadik diktator seperti President Marcos di Filipina.

Kasihan betul melihat zombie-zombie PKR ni. Bukti sudah ada di depan mata tapi mereka membutakan mata. Sekolah tinggi tapi masih tidak boleh dan tidak mahu berfikir. Sesetengah ade PHD pula tu.

Tahu sebab apa?

TAKSUB!

Kredit penulis asal : Reza Zainal : LINK