Lajim Ukin percaya sistem kehakiman dipercayai dan telus

Lajim Ukin, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, berkata mahkamah dan hakim di negara ini melaksanakan tugas mereka dengan penuh kebijaksanaan.

“Saya cukup yakin para hakim yang telah mengendalikan kes ini mempunyai kebijaksanaan dan adil. Ini sudah terbukti bahawa mahkamah itu masih lagi menjalankan penghakiman mereka secara adil.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan mempertahan kerusi DUN Klias selepas Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan calon Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Apa pula ulasan Anwar Ibrahim nanti. Adakah kerana keputusan mahkamah memihak kepada mereka baru mahu memuji dan yakin dengan sistem kehakiman negara ini?

Mengulas persidangan DUN yang berlangsung pada bulan ini, Lajim sebagai ketua pembangkang di Sabah berkata pihaknya sedia memberi sokongan kepada apa sahaja usaha kerajaan yang boleh memanfaatkan rakyat.

Anwar tidak marah kah?

LINK