DAP sedia kerjasama dengan BN pastikan 13MEI tidak berlaku. jika ikhlas, ambil tindakan terhadap P.Ramasamy

Lim Kit Siang menyatakan kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan BN khususnya UMNO bagi memastikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.

Beliau dipetik berkata, DAP sanggup menjalinkan kerjasama itu kerana ancaman 13 Mei tidak boleh di toleransi sama sekali pada zaman ini.

“DAP tidak akan membiarkan atau bertolak ansur dengan mana-mana ancaman 13 Mei dan kita bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan BN untuk memastikan tidak ada satu lagi 13 Mei di Malaysia,” kata Lim Kit Siang.

Bolehkah DAP melaksanakan perkara itu dan memastikan kenyataan tersebut bukan semata-mata retorik?

Ramasamy dipetik sebuah portal berita pada Isnin lepas sebagai berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Mudah, Lim Kit Siang perlu mengambil tindakan ke atas pemimpin DAP, Dr. P.Ramasamy kerana menyebut perkara sensitif tentang 13 Mei sebelum ini untuk membuktikan keikhlasan itu.

Kita tunggu.