MAS tetap kebanggaan rakyat Malaysia

Mari kita sama-sama nyatakan sokongan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia milik negara kita yang ditimpa 2 tragedi tahun ini. Amat sedih melihat segelintir rakyat yang mengambil kesempatan dan mengutuk MAS sedangkan ramai warganegara luar masih menyokong dan memuji syarikat kebanggaan kita ini. Saat ini, kita harus patriotik, dan melindungi nama baik Malaysia di mata dunia dan menuntut keadilan atas apa yang telah berlaku.

Tragedi yang berlaku bukan dipinta. Bersatulah di bawah satu bendera, Malaysia!