Mat Sabu kata kenyataan Hadi hanya pandangan peribadi bukan Parti

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan pemimpin nombor satu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung polemik jawatan Menteri Besar sebagai pandangan peribadi dan bukan keputusan rasmi parti itu.

Sebaliknya Mohamad yang mesra dengan panggilan ‘Mat Sabu’ ini berkata pendirian rasmi PAS mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor akan diputuskan selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Semalam Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Begitulah nasib seorang Presiden PAS. Bagi Mat Sabu, hanya kata-kata Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menjadi pedoman.