Mukhriz – Kerajaan Kedah akan bangunkan lembah bujang dalam RMK11

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar
telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi kunjungan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengemukakan fakta serta justifikasi berhubung cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim sebagai salah sebuah projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Selain itu, Datuk Seri Abdul Wahid juga tertarik dengan cadangan kerajaan negeri untuk membangunkan Lembah Bujang Sungai Petani sebagai pusat pelancongan berkualiti tinggi.

“Ini merupakan satu kawasan tamadun yang lebih lama berbanding Angkor Wat, Kemboja dan Borobudur, Indonesia. Kalau kita boleh lihat bagaimana nak bangunkan Lembah Bujang ini menjadi pusat tamadun yang bersejarah, ini bukan sahaja tingkatkan nama Kedah tetapi juga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata, selain cadangan pembinaan lapangan terbang baharu tersebut, pihaknya turut mengemukakan beberapa lagi projek termasuk pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kuala Kedah dan Sungai Petani-Inner Kedah Expressway (SPIKE).

Nampak gaya, Kedah boleh atasi Pulau Pinang dalam segala segi tak lama lagi.