Najib berjaya dapatkan black box MH17 dari Borodai dan mayat penumpang dipindahkan

Dalam sidang media tengah malam tadi, Najib Razak berkata, kerajaan telah mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai yang bersetuju untuk memindahkan 282 mayat ke Kharkiv sebelum diserahkan kepada para wakil dari Belanda untuk siasatan forensik.

Borodai juga bersedia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada pasukan Malaysia di Donetsk, selain memberi jaminan keselamatan kepada para penyiasat bebas antarabangsa yang akan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Kejayaan Malaysia mencapai tiga persetujuan penting itu amat bermakna memandangkan Malaysia tiada sebarang kepentingan geopolitik di kawasan yang bergolak itu.

Walaupun ada negara kuasa besar yang sebelum ini mendesak pihak yang menguasai wilayah itu untuk membenarkan pasukan penyiasatan masuk ke kawasan itu, namun Perdana Menterilah yang telah berjaya meyakinkan mereka.

Kejayaan Malaysia mencapai persetujuan dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, merupakan satu perkembangan membanggakan, kata bekas ketua juruterbang serantau MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Katanya, walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil, namun kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mencari penyelesaian isu terbabit.

“Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri kerana telah berjaya mencapai persetujuan dengan mereka dengan cara yang cukup berkesan.

“Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana kerajaan kita sentiasa berusaha untuk mencari jawapan kepada insiden itu dan membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu,” katanya lagi.

Anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 memuji kesungguhan kerajaan kerana berjaya mencapai persetujuan dengan Borodai bagi membawa pulang mayat ke negara ini.

Kami rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang PM Najib dan kerajaan Malaysia!

LINK 1

LINK 2

LINK 3