P.Ramasamy cabar 13MEI dikembalikan

P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.

“Oleh kerana itu, terdapat semua jenis andaian ketika hubungan etnik menjadi tegang dan tidak sihat. Ini boleh menyebabkan kejadian itu dan saya tidak mahu menyebut tarikh tertentu,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) bersama semua orang Melayu di Malaysia mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah ia sekarang kepada DAP, kesemua kaum cina juga tidak takut. Jangan cakap sahaja tetapi tidak berani berperang. Setiap masa cakap pasal 13 Mei,13 Mei,13 Mei. Marilah cetuskan 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei. Anda fikir apa? Anda fikir DAP takut ah?” kata P. Ramasamy DAP hasil pilihan pengundi Perai merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu sidang media.

Zaman Khan bagaimanapun berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahankan keharmonian negara.

Menurutnya semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimana mahu perjuangkan Malaysian Malaysia jika pemimpinnya sendiri bermulut longkang?