PAS tak setuju MB Wanita

PAS tidak bercadang memilih wanita sebagai Menteri Besar memandangkan konsensus setakat ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat, dan keputusan itu dilihat mengekang sebarang langkah PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam Selangor Dr Yunus Khairi daripada PAS berkata, “Setakat ini, kita (PAS) tidak sampai peringkat mencadangkan wanita sebagai Menteri Besar dan sebagainya.”

Yunus berkata, soal melantik Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memerlukan pendapat kolektif parti Pakatan Rakyat (PR) yang diangotai PAS.

“Soal beliau (Wan Azizah) layak atau tidak untuk menjadi menjadi Menteri Besar, itu satu soal kolektif yang lain.”

Wan Azizah, nenek kepada enam cucu, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang. Langkah Kajang yang dicetuskan PKR baru-baru ini bertujuan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Kempunan lah Wan Azizah.

LINK