Penduduk kampung Selamat, Penang buat aduan ladang babi kotor

Keluarga murid yang koma selepas disyaki positif dijangkiti virus Japanese Encephalitis (JE) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dan pengusaha ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Georgetown.

Sehubungan itu juga, beberapa penduduk yang ditemui meminta kerajaan negeri supaya segera memindahkan ladang babi di kawasan tersebut yang disyaki mungkin menjadi punca jangkitan virus kepada murid berkenaan.

Sebelum ini sudah banyak aduan telah dibuat oleh penduduk Kampung Selamat terhadap ladang babi yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang kotor dan membuang sisa air babi sesuka hati.

Kerisauan penduduk sebelum ini kini menjadi kenyataan apabila seorang murid sekolah menjadi mangsa babi ini.

Tinjauan mendapati ladang babi berkenaan terletak di kawasan yang padat dengan penduduk. Kedudukan ladang babi itu juga hanya dua kilometer daripada sekolah mangsa.

Aiyo Lim Guan Eng.

LINK