Pesawat MH17 Terhempas

Tolong jangan sebarkan gambar palsu, spekulasi mengarut, teori konspirasi tidak berpenghujung dan JANGAN politikkan tragedi ini. Sila hormati perasaan ahli-ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Seramai 283 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Setakat ini, pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat MH17 atau punca-punca lain masih belum dikenalpasti.

Takziah dan simpati kepada kesemua ahli keluarga penumpang dan kru yang terlibat.

*Tambahan

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine.