PKR mahu penjelasan mengenai sokongan Hadi Awang terhadap Khalid Ibrahim

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli enggan menerima menerima kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggantikan menteri besar Selangor.

Katanya, beliau akan cuba mendapatkan penjelasan PAS terlebih dahulu berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

“Saya tak fikir sekarang ini adil untuk memberi komen. Kami sedang cuba mendapatkan penjelasan dari PAS berhubung perkara ini,” kata beliau ketika dihubungi.

Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

Menurut Hadi, Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

“Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, majoriti warga Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, ia berdasarkan hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar.

LINK 1

LINK 2