Pusat khidmat parlimen disiasat. Salahguna dana kerajaan negeri Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Seperti yang diberitahu sumber dari Pejabat Bendahari Negeri dan Audit Dalaman, dua buah Pusat Khidmat Parlimen iaitu Wangsa Maju dan Gombak terpaksa dibekukan sementara akaun yang ada berikutan perbelanjaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang didapati tidak selaras.

“Sebanyak RM103,000 telah disalurkan kepada akaun Parlimen Wangsa Maju untuk kegunaan SMUE.

“Namun setelah disiasat, tiada sebarang dokumen yang boleh ditunjukkan bagaimana dana SMUE yang diberi ini dibelanjakan,” kata sumber.

Parlimen Wangsa Maju diwakili oleh Datuk Tan Kee Kwong manakanla Parlimen Gombak di wakili oleh Azmin Ali. Kedua-dua mereka adalah Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat.

Semalam, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit bagi memeriksa keberkesanan program-program yang dilakukan sejak 2008.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Jabatan Audit Selangor telah diarahkan untuk menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor.

Kebetulan kan? Khalid strikes back agaknya.

LINK 1

LINK 2