Rusia puji Malaysia bersikap neutral tak salahkan sesiapa tanpa bukti dalam isu MH17

Russia puji sikap Malaysia yang tidak menyebelahi mana-mana pihak berhubung insiden pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak di Ukraine, Khamis lalu.

Dutanya, Lyudmila G Vorobyeva, berkata Malaysia bersikap neutral dan tidak menyalahkan sesiapa seperti sesetengah pihak lain tanpa sebarang bukti kukuh.

“Walaupun pelbagai tuduhan seperti rakaman audio palsu dan gambar palsu. Malaysia tidak menuduh Russia tetapi lebih menumpukan kepada proses siasatan insiden,” katanya pada sidang media di Kedutaan Russia di Jalan Ampang.