Suspek pembunuhan TKP Kastam diberkas

Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu akhirnya berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi ini.

Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.

Kami berharap, dengan izin Tuhan, dan usaha pihak Polis, kes ini dapat diselesaikan dan pembunuh-pembunuh yang terlibat dihukum setimpalnya. Malah, jika ia melibatkan motif akibat salahlaku rasuah, atau berkaitan kepentingan-kepentingan individu tertentu, usah dilepaskan ‘jerung-jerung’ itu. Ini kerana, semasa hayatnya, arwah dikenali sebagai seorang yang tegas dan amanah dalam menjalankan tugas.

Anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.

Al-Fatihah.