Tengku Adnan tegas hal gelandangan DBKL

Isu Tengku Adnan, DBKL, Soup Kitchen dan gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur menjadi antara isu panas sekarang. Ada yang menyokong ada yang menentang. Namun kami tidak mahu menuding mana-mana pihak walaupun secara amnya kami juga tidak setuju dengan kenyataan-kenyataan awal Tengku Adnan yang bunyinya agak kasar dan tegas tidak bertempat.

Namun kami percaya, perkara ini boleh diselesaikan antara NGO yang aktif membantu dengan DBKL melalui dialog dan perbincangan susulan yang boleh membawa situasi menang-menang.

Tidak masuk akal jika Menteri berkenaan bermaksud untuk menghalang sedekah dan berbuat baik kepada golongan yang kurang bernasib baik. Cuma cara dan kaedah mungkin nampak keterlaluan.

Soup Kitchen masih dibenarkan beroperasi cuma perlu di luar Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10.

Oleh itu, mari kita baca kenyataan media dari Tengku Adnan Mansor : LINK

Ulasan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam isu gelandangan di KL : LINK

Kita jangan jadi masyarakat mudah panas baran. Boleh bawa bincang kan?