Teresa Kok tipu SPR berkenaan dana PRU13

Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Tony Chan Chee Chong mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah memalsukan akaun semasa Pilihanraya Umum 5 Mei lalu. Teresa didapati membekalkan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pilihanraya berkenaan dana parti untuk kegunaan pilihanraya yang lepas.

“Sebelum bertanding pada PRU 2013, mereka harus melaporkan perbelanjaan. Ahli DAP sering berkata, mereka bertanding dalam pilihanraya melalui sumbangan awam atau ‘Public Fund’. Dalam rekod sumbangan, wang yang diperoleh hampir mencecah RM300,000.

“Kita ikut saranan SPR, kalau sumbangan awam diterima, kita kena declare. Betul bukan? Jadi persoalannya, kenapa beliau tidak submit kepada SPR?. Pada tahun 2013, laporan yang diberikan kepada SPR bercanggah dengan apa yang diisytiharkan di pejabat DAP. So dalam pejabat, mereka isytiharkan lebih kurang RM200,000. Tetapi jumlah tersebut kurang RM112,000. Mana pergi duitnya? Kenapa tak tunjuk SPR? Kenapa menyeleweng?,” soal beliau.

Menurut beliau, dokumen-dokumen tersebut diberikan oleh ahli-ahli DAP Seputeh sendiri.

“Lapan saksi ini saya tak boleh bawa ke umum. Seperti yang kita tahu, DAP ni macam biasa, kalau disoal mesti mereka nak saman RM10 juta. Kita akan ke SPR dan bawa kesemua lapan saksi tersebut dan serahkan semua bukti. Kalau benar sumbangan awam, you kena beritahu, kenapa nak tutup?,” akhirinya.

Pandai-pandai lah kau Teresa.