Tun Mahathir sambut hari lahir ke-89

Selamat menyambut harijadi ke 89 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga Allah panjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih atas segala pengorbanan dan usaha dalam membangunkan Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Tun Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang paling lantang mengecam Israel dan sekutunya tanpa rasa takut dan gentar. Sehingga kini, beliau dihormati dan dirindui oleh seluruh umat Islam yang pernah dan masih ditindas di serata dunia. Jasa Tun tidak akan dilupakan. Amin.