UMCEDEL – tak sambung kontrak pengarah Mohammad Redzuan

Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan kontrak bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial tidak disambung kerana campur tangan politik.

Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010. Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Pemilihan telah diadakan di antara 10 dan 12 Jun dan sesi temu bual telah diadakan dengan tiga calon antara 17 dan 20 Jun lalu. Mohammad Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek. Calon lain yang tersenarai termasuk Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Selepas mengadakan perbincangan yang panjang, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik Md Sidin sebagai dekan baharu untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Isu Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya atau UMCEDEL merupakan isu lama. Umum mengetahui Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman merupakan kenalan rapat Anwar Ibrahim.

Anwar merupakan ‘akar’ dalam UMCEDEL.

SUMBER