Asal-usul PKR dan signifikan penubuhannya

Episod 2:

Hari ini satu demi satu tersingkap. Isu sodomi awalnya dibuka dalam parlimen oleh Karpal Singh musuh politik beliau sendiri, disokong pula oleh Mat Sabu yang kemudiannya menjadi rakan politik pula. Semua yang dahulunya berkorban harta dan diri untuk membela Anwar mencari keadilan satu demi satu dicantas walaupun awalnya konon dianggap sebagai saudara.

Isu hari ini lebih menyerlahkan lagi amalan kronisma dan nepotisma yang diamalkan oleh DSAI berbanding pihak pihak yang beliau tuduh. Tidak cukup dengan tiga beranak dijadikan calun wakil rakyat dan dijadikan pemimpin tertinggi partinya… kini mahu dijadikan YAB MB pula.

Ironinya cara untuk menaikkan anak isteri atau diri beliau sendiri sudah sampai ke tahap memijak orang lain dan membazir wang rakyat. ADUN sedia ada dipaksa meletak jawatan, terpaksa belanja untuk PRK, letak pula isteri sendiri sebagai calun, akhirnya memaksa pula Menteri Besar letak jawatan untuk digantikan dengan isterinya, masih kurang jelas lagi kah??

Mustahil jika kita yang memahami kemampuan maksima seorang wanita dan keperluan asas bagi seorang isteri tidak merasa simpati dengan nasib DSWA dan anaknya Nurul Izzah. Gara gara membela suami dan ayah mereka terpaksa menanggung pelbagai masalah hidup.

Jika tidak kerana keterlaluan dalam politik melibatkan anak isterinya, mungkin video skandal Nurul Izzah dengan pensyarahnya tidak terkeluar menjadi propaganda. Sebagai lelaki, tidak mustahil suami Nurul Izah akan menceraikan isterinya setelah melihat sendiri video skandal itu. Kita yang tiada kena mengena pun mengurut dada. Itu tidak termasuk asyik ditinggalkan isteri ke sana ke mari mengejar kerjaya politik dan mengabaikan rumahtangga.

Mungkin ramai yang tidak kenal betapa mulianya peribadi dan penampilan DSWA sebelum berkahwin dengan DSAI. Hari ini DSAI asyik menumpang tuah isterinya yang dikatakan bertudung dan berakhlak itu. Dari awal era reformasi sampai sekarang kasihan melihat DSWA berkorban habis habisan untuk kepentingan politik suaminya.

Jika Karpal Singh atau Lim Kit Siang yang mengenengahkan Dyana mungkin kerana mereka jahil dengan hukum syariat Islam. Tetapi adakah Anwar tidak sedar bahawa tempat wanita adalah di rumah, bukan untuk aktif keluar sebagai pemimpin umum..? pasti tahu bukan? Selebihnya anda fikirlah sendiri mengapa beliau masih berani langgar ketetapan Allah dan Rasul itu !!

Dalam pilihanraya Kecil Teluk Intan baru-baru ini tiada siapa di kalangan anggota dan pemimpin PR yang berani tampil menasihati Dyana yang tidak bertudung, diusung ke hulu ke hilir siang malam oleh rijal-rijal non-muslim. Tiada siapa berani menegur kenyataan awal Dyana yang dengan angkuh mematuhi arahan partinya menolak Hudud yang dijadikan agenda perjuangan PAS. Itu antara sebab mengapa ramai penyokong Muslim PR tarik handbrake.

Warga Prihatin
www.prihatin.net.my