Dengan pelbagai isu, mampukah PR lawan BN

Petikan artikel mengenai kemelut Selangor oleh NATHANIEL TAN di Malaysiakini :

Cukup malu untuk kami yang selalu menafikan bahawa Pakatan ini hanya bersekutu demi merebut kuasa (marriage of convenience). Akhirnya nampaknya macam mereka betul, kami yang salah.

Obsesi PKR dengan kuasa, wang dan kepentingan korporat nampaknya lebih berat daripada sebarang kesedaran bahawa rakyat kini melihat institusi yang namanya Pakatan Rakyat ini sebenarnya tidak mampu bersatu.

Salahkah jika rakyat menganggap bahawa mengundi Pakatan akan membawa kepada ketidakstabilan? Kalau jawatan tertinggi pun tidak boleh dipersetujui, bagaimana Pakatan akan mampu mentadbir dengan lancar?

Barisan Alternatif hanya kekal selama enam tahun. Enam tahun selepas pembentukan Pakatan, nampaknya sejarah berulang.

Sukar nak bayangkan sama ada rakyat akan yakin kepada eksperimen ini kalau runtuh sekali lagi. Keruntuhan itu semakin nyata, sekiranya Anwar dan PKR tidak mengubah hala.

Kalau begitu, projek menggantikan BN akan ditangguhkan berdekad-dekad lagi – semua kerana manusia yang gagal menjadi perdana menteri Malaysia berdegil mahu menjadikan isterinya menteri besar Selangor.

SUMBER