Empat exco PAS ingkar permintaan Anwar

EMPAT Exco Pas muncul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pukul 9.30 pagi ini, sekali gus menunjukkan keengganan mereka memenuhi permintaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memboikot mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka ialah Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (ADU Chempaka) Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak); Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali (ADUN Selat Klang); dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Mereka hadir mulai pukul 9.30 pagi lagi sebagai isyarat jelas berdiri teguh bersama Abdul Khalid bagi mengekalkan pentadbiran ADUN Pelabuhan Klang itu setelah memenuhi syarat minimum Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang memerlukan empat Exco untuk mentadbir kerajaan negeri.

Abdul Khalid yang dipecat Lembaga Disiplin PKR pada 9 Ogos lalu turut hadir untuk mempengerusikan mesyuarat penting itu selepas beliau diperkenan Tuanku Sultan Selangor selepas menjelaskan memiliki sokongan majoriti ADUN Isnin lepas.

Exco Pas Sallehin Mukhyi ketika ditemui berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan membangunkan negeri Selangor merupakan kepentingan daripada soal melayan karenah politik.