Exco yang tak suka Khalid boleh resign

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP.

Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

“Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

“Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco,” kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

#iniKhalidlah