Fathi Aris – Ketua Editor Malaysiakini hentam Anwar dan PKR

UMNO bayar Malaysiakini? Tweet Ketua Pengarang portal Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor yang berlarutan:

1. @fathiarisomar: Kenyataan naib presiden PAS tadi, agak saya, paling pedas dan panas membidas Anwar, Azizah dan PKR

2. @fathiarisomar: Salahuddin Ayub timbulkan isu sikap autokratik, pemujaan individu dan nepotisme! Ini bahasa untuk kecam Anwar!

3. @fathiarisomar: Jelas sekali PAS mulai berang dengan sikap keras kepala PKR, Anwar untuk terus mahukan Azizah sebagai MB

4. @fathiarisomar: PAS sudah nyatakan menolak Azizah sebagai MB. Tapi PKR terus desak PAS tinggalkan terus Khalid biar kerajaannya runtuh

5. @fathiarisomar: PAS bisikkan pada Anwar – mereka tidak setuju Azizah jadi MB. Peliknya, PKR “curi” dua wakil rakyat PAS untuk sokong Azizah

6. @fathiarisomar: Anwar, PKR kemaruk betul mahu naikkan Azizah. Tidak cukup bergaduh dengan Khalid, kini ajak gaduh dengan PAS. #payah!

7. @fathiarisomar: Kini, Khalid berjaya disingkirkan tapi kerajaan Pakatan lebur di Selangor. PAS disalahkan sebab bersama Khalid. Betulkan PAS salah?

8. @fathiarisomar: PAS kata ia buat keputusan Ahad ini. PAS juga janji setia bersama Pakatan. PAS hanya minta nama kedua selain Azizah. Susah sangat?

9. @fathiarisomar: Jika PAS keluar Pakatan, itu salah Anwar. Sebab? Sebab degil (macam Khalid) mahukan Azizah jadi MB. Anwar perangai macam Khalid

10. @fathiarisomar: Jika krisis Selangor tidak selesai, Khalid masih MB, salahkan Anwar (dan PAS?) kerana tidak sedia kompromi

11. @fathiarisomar: Jika PAS sokong Azizah sebab Pakatan paksa, tapi istana tolak, jadi macam mana? PKR harus dengar cakap PAS – cari calon kedua

12. @fathiarisomar: Saya bukanlah peminat PAS. Saya juga bukan pengkagum Hadi. Saya tidak percaya Hadi suka Anwar. Tapi saya mulai rasai kebijaksanaan PAS

13. @fathiarisomar: Jika Azizah punca berseteru PAS dengan PKR, Anwar dan DAP, apa agaknya pilihan anda? Tentulah cari calon lain yang dipersetujui bersama

14. @fathiarisomar: Pakatan menang dua pertiga di Selangor tapi tiada kerajaan gara-gara kemaruk mahu naikkan Azizah. Lawak jenis apa ini?

15. @fathiarisomar: #KajangMove betul-betul jadi #KajangMovie sebab hero beriya-iya nak bini jadi MB. Akronim baru MB (mahukan bini)

Twitter Fathi Aris Omar : https://twitter.com/fathiarisomar