Hishammuddin Rais, aktivis politik belaan PR

Hishamuddin Rais digambarkan dalam Wikipedia sebagai seorang aktivis politik terkenal di Malaysia. Namun begitu, jika dibaca seterusnya dalam biografinya, tiada hebat mana pencapaiannya sebagai aktivis untuk dikatakan terkenal.

Semenjak kepulangannya ke Malaysia, hanya dalam tempoh setahun sahaja Hishamuddin Rais tutup mulut. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat serta rasuah salahguna kuasa, Hishamuddin Rais mulai tunjuk belang. Bergabung dengan Tian Chua dan kepala-kepala bengkeng yang lain, Hishamuddin Rais merencanakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi liar.

Dalam apa juga keadaan, Hishamuddin Rais cuba menunjukkan dan membuktikan dia adalah seorang ilmuwan walaupun hakikatnya dia tidak banyak tahu tentang sejarah negara ini.

Kepetahan dan kelicikannya selain persepsi ramai bahawa sepanjang dia menjadi pelarian di negara asing, banyak ilmu yang telah ditimbanya, menjadikan Hishamuddin Rais seperti Sang Dewa yang dipercayai memberi kehidupan baru kepada generasi muda.

Hishamuddin Rais dan kepercayaannya terhadap Sosialisme dan Marxisme tidak pernah surut meskipun, usianya semakin menghampirkannya dengan liang lahad.

Budaya samseng dan rukun hidup komunis yang mahu bertapak seperti demonstrasi liar, telah disuburkan oleh Hishamuddin Rais yang memberikan bantuan sepenuhnya kepada Anwar Ibrahim. Cakap sahaja, apa demonstrasi di Kuala Lumpur yang tidak disertai oleh Hishamuddin Rais.

Bahkan, apa demonstrasi besar Pakatan Rakyat di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak dirancang oleh Hishamuddin Rais. Malah sewaktu Himpunan Sejuta Rakyat kononnya di Kelana Jaya, budaya tunjuk punggung mula diperkenalkan oleh Hishamuddin Rais.

Biarpun selepas itu, dia menangis-nangis dan merayu-rayu meminta maaf, ia sebenarnya hanyalah lakonan si sosialis tua untuk menagih simpati.

Walaupun beberapa kali Hishamuddin Rais telah ditahan namun kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat, berjaya membebaskannya. Hishamuddin Rais telah mempergunakan kemahiran yang diasahnya di luar negara untuk melepaskan diri, ditambah pula dengan bantuan peguam-peguam Pakatan Rakyat yang diketahui amat bijak memanipulasikan undang-undang di negara ini.

Petaka pijak gambar pemimpin dan tunjuk punggung seperti yang berlaku pada malam Ambang Merdeka tajaan Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka, sebenarnya akan terus berlaku bahkan akan bertambah teruk selagi manusia bernama Hishamuddin Rais terus dibiarkan bebas.

Tiada sebarang kerugian sekiranya, Hishamuddin Rais yang sedang mengembangkan pembohongannya tentang sejarah bendera Malaysia dan sejarah kemerdekaan negara ini, disimpan atau didiamkan.

Dia tidak pernah membawa sebarang jasa kepada negara ini.