Israel minta tolong Amerika elak didakwa atas kesalahan jenayah perang

Tolong sebarkan ke seluruh alam maya. Tunjukkan siapa pengecut!

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meminta tolong sekutu kuatnya iaitu Amerika Syarikat supaya bantu elak Israel dari diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas kesalahan jenayah perang di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel melakukan jenayah perang ke atas Gaza dalam usaha rejim Zionis Israel memerangi kumpulan Hamas, dan kuasa dunia perlu mengambil kira semua keganasan yang dilakukan Israel.

Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay berkata, Israel mengingkari undang-undang antarabangsa kerana menyerang kawasan awam termasuk hospital, sekolah, rumah dan kemudahan PBB.

Pillay berkata, rejim Zionis Israel turut bertindak melampau batas apabila mengebom pusat bekalan tenaga, sistem pembetungan dan kawasan tadahan air di Gaza, sekali gus dilihat sebagai tindakan sengaja melanggar peraturan antarabangsa yang termaktub dalam Konvensyen Geneva.

Jelasnya, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Israel juga gagal memainkan peranan yang lebih besar untuk menghentikan pembunuhan orang awam di Gaza dan membawa kesemua pihak terlibat ke meja rundingan, selain menamatkan sekatan ke atas wilayah Palestin itu.

“Mereka (AS) bukan sahaja menyediakan senjata berat yang digunakan Israel ke atas Gaza tetapi memberi dana berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk membangunkan sistem pertahanan Iron Domes bagi melindungi rakyat Yahudi daripada serangan roket.

“Tetapi adakah AS menyediakan perlindungan yang sama kepada penduduk Gaza daripada dibedil tentera Israel?” katanya.

Israel, tidaklah sehebat dan seberani mana.

SUMBER