Khalid batal tempahan dewan untuk kongres PKR infopalsu

Info yang dihebahkan melalui blog dan Facebook mengenai pembatalan tempahan stadium untuk Kongres Tahunan PKR oleh Khalid Ibrahim adalah palsu.

Walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini.

“Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati),” kata Khalid kepada pemberita sewaktu ditemui di Shah Alam.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti tersebut masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung pembatalan tempahan itu.

“Kita tidak ada menerima apa-apa notis pembatalan (tempahan stadium),” katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.

Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu.

Kami tidak mahu menyebarkan sebarang informasi palsu. Khalid Ibrahim tidaklah sekejam itu mungkin.