Lim Guan Eng takut dedahkan fakta terowong RM 36 bilion

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu menghadapi dakwaan dan memberi penjelasan berhubung projek terowong dasar laut di negeri itu.

Lim Guan Eng seolah-solah takut selepas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan menuduh beliau membuat rundingan terus berkaitan projek berkenaan.Sebagai ketua kerajaan negeri, Lim perlu membuktikan kebenarannya dengan memberi fakta dan bukan bersikap negatif mengancam untuk menyaman orang lain.

Sementara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela untuk disiasat berhubung keputusannya meluluskan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lim Guan Eng pula bertindak sebaliknya.

Keputusannya untuk mempertahankan dirinya dalam sidang akhbar tanpa kehadiran pemimpin Pakatan Rakat yang lain, tidak begitu menyakinkan.

Nasruddin Hassan yang juga Anggota Parlimen Temerloh begitu yakin mempersoalkan penglibatan Lim dalam projek bernilai RM3.6 bilion itu, beliau tentu mempunyai asas untuk berbuat demikian.

POM!