Menjawab sudut teguran Tun Mahathir dari sudut pandang rakyat

ANALISIS TERHADAP KENYATAAN TUN DR MAHATHIR MENARIK KEMBALI SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PIMPINAN NAJIB.

Artikel ini bukan bermakna kami tidak hormat pada Tun Dr Mahathir, malah kami berterima kasih kerana ini menunjukkan betapa Tun M sayangkan negara Malaysia dan rakyatnya. Tetapi, kami lampirkan pendapat yang kami rasa rasional dalam menjawab kenyataan-kenyataan Tun M di dalam blog beliau.

Tun M telah menulis bahawa dia telah menarik balik sokongan untuk PM Najib kerana beliau tidak setuju bahawa Najib tidak mendengar nasihatnya.

Mari kita lihat sebab-sebab yang dinyatakan oleh Tun M mengapa dia tidak setuju.


1. Memansuhkan ISA dan akta kediaman terhad

“Tindakan ini tidak mengurangkan tentangan dari pihak pembangkang. Sebaliknya, jenayah meningkat kerana pemimpin kongsi gelap banyak dibebaskan,” kata bekas Perdana Menteri ini, yang juga penyokong dalam undang-undang keselamatan yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.

Ini adalah isu yang pertama dan untuk isu ini saya bersetuju dengan Tun M. Saya seorang penyokong undang-undang yang berbentuk pencegahan yang adil, namun ia juga harus terbuka untuk penelitian serta imbangan sebelum digunapakai.

Memansuhkan undang-undang ini memang membolehkan pembangkang dan pengkritik untuk menjadi lebih kurang ajar dalam tentangan mereka pada kerajaan dan lebih berani membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan mengancam seperti kenyataan terbaru P.Ramasamy untuk “menyeru peristiwa Mei 13”.

Mungkin SOSMA kini perlu dirombak atau undang-undang baru yang diperkenalkan mempunyai unsur-unsur ISA dan Akta Kediaman Terhad kembali.

Saya bersetuju dengan Tun M mengenai perkara ini. PM Najib perlu mengkaji semula perkara ini.


2. “Sikap Najib yang merendah diri terhadap negara-negara jiran telah menjadikan urusan domestik Malaysia tertakluk kepada pandangan mereka.”

Ini mungkin berkaitan dengan hubungan yang lebih rapat dengan Singapura. Dalam dunia serba pantas dan terbuka kini dan dimana Malaysia lebih bergantung kepada perdagangan antarabangsa, ‘diplomasi senyap’ dan pendekatan mesra kepada negara-negara jiran tidak semestinya buruk.

Ia akan menjadi tidak sesuai untuk Malaysia menafikan bahawa Singapura telah melakukan dengan baik dan juga sudah tentu hubungan Malaysia Singapura secara tidak langsung akan membawa kesan positif . Tidak pernah menjadi keutamaan kepada mana-mana pihak untuk menjalin hubungan tidak baik dengan negara jiran mereka, malah dengan kerjasama sejagat barulah kita boleh mencapai keharmonian bersama

Lihatlah hubungan sinergi China dan HK (walaupun sebelum penyerahan 1997) di mana kemakmuran HK ini telah turut menyebabkan perkembangan pesat Wilayah Shenzhen, wilayah Guangdong dan seluruh China.

Ini juga tidak bermakna bahawa Malaysia mesti bertolak ansur secara buta tuli dengan Singapura. Dan kita masih belum lagi beralah. Lihatlah tindak balas oleh Malaysia yang secara drastik meningkatkan caj tol di tambak johor sebagai tindak balas kepada tindakan Singapura yang meningkatkan caj untuk VEP bagi kereta Malaysia masuk ke Singapura.

Kerajaan perlu tegas dengan negara jiran kita pada kebanyakan masa dan juga apabila perlu. Namun hubungan mesra dan hubungan kearah keuntunangn bersama ini harus diimarahkan.

Saya tidak bersetuju dengan Tun M mengenai perkara ini. Ini adalah sebuah dunia baru dan bekerjasama untuk faedah bersama perlu diguna pakai.


3. BR1M, cuti tambahan dan gaji minimum.

Tun M berkata, “Cuti tambahan diberikan sehingga tahap terdapat pekerja yang mengambil cuti selama lebih seminggu.”

“Gaji minimum dinaikkan tanpa mengambil kira kenaikan kos, yang boleh mengurangkan daya saing perniagaan tempatan,” katanya dalam blog.

“BR1M adalah duit kerajaan yang digunakan untuk meraih sokongan daripada rakyat setiap kali terdapat pilihan raya.”

Tun M berkata, “Semangat rakyat untuk kerja semakin pudar apabila mereka diberi ganjaran tanpa berusaha. Ini tidak akan membantu dalam membangunkan negara ini.” Ini adalah tidak benar, Tun M.

BR1M tidak pernah bermaksud atau berfungsi sebagai rasuah kepada pengundi. Jika tidak, BR1M akan hanya diberi pada tahun 2013 dan tidak pada tahun 2012, 2014 dan berterusan dari sekarang. Banyak negara mempunyai skim yang serupa dengan BR1M.

Oleh kerana Malaysia menstruktur semula ekonomi untuk mengurangkan subsidi dan pembaharuan sistem percukaian kita dengan GST, bagaimana kerajaan boleh memastikan golongan yang kurang bernasib baik atau berpendapatan rendah dalam Malaysia menerima bantuan tersasar? Tun M sering diam dalam isu mengurangkan subsidi tetapi hakikatnya dengan pertambahan penduduk di negara ini, subsidi menyeluruh yang turut dinikmati warga kaya mahupun miskin adalah tidak mampan. Subsidi juga memberi kesan kepada ekonomi kita dan menghalang daya saing sekaligus memberi kesan kurang baik kepada Malaysia dalam jangka masa panjang.

Sedangkan Indonesia dan Thailand juga sukar membuat keputusan untuk menghapuskan subsidi.

Jika Malaysia melakukan perkara yang sama, tanpa mekanisma sasaran seperti BR1M, bagaimana kita hendak memastikan bahawa golongan miskin tidak terkesan terlalu teruk pada akhirnya? Dan bagaimana pula kita mengagihkan semula penjimatan ini kepada rakyat yang paling memerlukan?

Juga, gaji minimum adalah perkara biasa di kebanyakan negara bagi memastikan pekerja termiskin tidak menjadi mangsa dan boleh meneruskan hidup. Gaji minimum sebanyak RM900 sebulan tidak boleh dipanggil tinggi. Mungkin, gaji minimum ini tidak patut digunapakai bagi pekerja asing tetapi ada undang-undang antarabangsa yang mengatakan kita tidak boleh mendiskriminasi pekerja asing atau tempatan. Mungkin penyelesaian yang lebih baik adalah untuk mengurangkan gaji minimum dan kemudian ‘menambah jumlah’ gaji untuk pekerja tempatan melalui skim yang berbeza.

BR1M dan gaji minimum juga memastikan kerajaan sentiasa aktif mensasarkan bantuan untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik dalam Malaysia dan sekaligus merapatkan jurang pendapatan yang semakin meningkat.

Bagi cuti yang berlebihan, saya tidak fikir ada bukti kukuh bahawa kerajaan Najib telah memberi terlalu banyak cuti tambahan jadi saya tidak pasti apa yang Tun M maksudkan dengan hal ini. Walau apa pun, tambahan satu atau dua hari bagi kita berehat tidak akan memberi kesan kepada ekonomi kita.

Tun M telah gagal untuk menjawab semua ini dan dengan itu saya amat tidak bersetuju dengan beliau ke atas isu ke 3 ini.


4. “Banyak dasar, pendekatan dan tindakan yang diambil oleh kerajaan di bawah Najib telah memusnahkan ekonomi dan kewangan negara,”

Tun M adalah salah sama sekali mengenai perkara ini. Hutang semasa negara kepada nisbah KDNK sebanyak 54% lebih rendah daripada 80-90% dibawah pemerintahan Tun M pada 1980-an dan 1990-an.

Hakikatnya juga Malaysia tidak terkesan dengan ketara pada krisis ekonomi global 2008-2009, bermakna Najib telah berjaya ‘melindungi’ Malaysia daripada impak terburuk yang lebih dahsyat.

Bandingkan ini dengan krisis Ekonomi Asia pada 1997-1998 apabila Tun M adalah PM dan Anwar adalah Menteri Kewangan dan TPM di mana Malaysia hampir terjejas dan banyak syarikat-syarikat terbesar di Malaysia telah bankrap – dan ini cuma kes yang tertumpu, bukan seperti kemelesetan ekonomi dunia 2008-2009 (paling teruk sejak tahun 1930-an) dimana Najib berjaya mengemudi Malaysia keluar dari belenggu tanpa impak buruk yang besar. Kredit harus diberikan kepada Najib untuk usaha beliau ini.

IMF dan Dunia bank juga telah memuji dasar ekonomi Najib dan hakikat bahawa pada masa Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dan PM, Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang melebihi purata dengan Q1 dan Q2 KDNK Malaysia sebanyak 6.2% dan pertumbuhan 6.4% pada tahun ini, melangkaui prestasi negara jiran serantau dan antara yang tertinggi di dunia.

Pasaran saham kita kini adalah pada paras tertinggi dan nilai mata wang kita berbanding USD ialah RM3.16 (diikat RM3.80 semasa Tun M meninggalkan jawatan PM). Syarikat penarafan antarabangsa seperti Standard dan Poors pada bulan Disember juga telah memberi gambaran positif dan stabil, malahan semua ahli-ahli ekonomi meramalkan masa depan yang cerah untuk Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bagaimana ini boleh dianggap memusnahkan ekonomi Malaysia?

Sangat-sangat tidak setuju dengan Tun M mengenai perkara ini.


5. Najib merosakkan ekonomi dengan mengutamakan barangan import sekaligus mengorbankan industri tempatan.

Kenyataan ini disasarkan buat PROTON dan PERODUA dan khususnya industri kereta Malaysia.

Pertama, PERODUA, yang juga merupakan syarikat kereta tempatan, telah melakukan dengan baik dan dengan itu menjelaskan bahawa ia tidak terjejas dengan isu “keutamaan pada barangan import”.

Kedua, penurunan harga bagi kebanyakan harga kereta tempatan baru-baru ini tidaklah disebabkan oleh pengurangan ‘dasar melindungi industri automatif nasional’ atau perubahan tarif import tetapi dengan menggalakkan lebih banyak bahagian kenderaan buatan tempatan dalam jenama kereta asing, memaksa mereka dan pengedar mereka untuk mengurangkan harga dan margin mereka.

Ketiga, masalah PROTON adalah dikalangan mereka sendiri dan usaha-usaha perlu dilakukan ke arah menyelesaikan masalah mereka itu. Saya juga percaya bahawa pemilik baru DRB HiCOM mempunyai konflik isu kepentingan kerana mereka juga memiliki hak pengedaran untuk banyak jenama kereta lain. Saya percaya Tun M patut menggalakkan kumpulan Syed Mokthar untuk melupuskan jenama kereta mereka yang lain dan memberi tumpuan sepenuhnya pada menghidupkan semula PROTON.

Oleh itu, jika PERODUA menjadi salah satu syarikat kereta tempatan yang boleh berjaya walau tidak ada perubahan dalam dasar perlindungan dan halangan tarif import bagaimana Tun M boleh menuduh PM Najib mengutamakan barangan import dengan mengorbankan industri tempatan?

Dan jika Tun M mengatakan tentang Petronas tidak memberi keutamaan vendor tempatan, maafkan saya jika mengingatkan Tun bahawa anak Tun, Mokhzani juga telah mendapat manfaat dari Petronas dengan syarikat minyak dan gas beliau yang bergabung dengan syarikat milik bumiputra, Sapura untuk membentuk satu gergasi RM25 bilion dipanggil SapuraKencana.

Polisi vendor Petronas juga bertanggungjawab terhadap kejayaan banyak syarikat minyak dan gas bumiputera tempatan.

Ada contoh-contoh khusus yang lain, Tun M? Jika tidak ada, maka saya tidak bersetuju dengan Tun M mengenai hal ini juga.


Saya percaya Tun M dan Najib perlu mempunyai lebih banyak dialog dan PM Najib harus menunjukkan Tun M tanda hormat dengan menjelaskan dengan lebih tertib dan rasional segala polisi yang dilaksanakan beliau ataupun sentiasa memaklumkan Tun M tentang polisi semasa.

Pada masa yang sama, saya juga percaya Tun M harus sedar bahawa setiap PM mempunyai gaya mereka sendiri dan harus menunjukkan rasa hormat kepada PM semasa dalam bagaimana dia melaksanakan yang terbaik untuk memimpin negara. Tun M juga perlu memahami bahawa dunia telah berubah dengan ketara dalam dekad yang lalu dan dasar-dasar Malaysia juga perlu disesuaikan dan diselarikan.

Tun M tidak perlu melalui zaman di mana ramai penghasut dan pemfitnah memutarbelitkan segala isu di internet dan Facebook dengan sepantas kilat.

Pak Lah dan Najib perlu melalui cabaran ini. Malah parti PAP di Singapura juga sedang mengalami kesukaran yang sama kesan dari kebebasan internet.

Najib baru melalui satu pilihanraya umum manakalan Pak Lah dua kali.

Pak Lah tewas 58 kerusi parlimen dan mengalami undi beralih sebanyak 13.63%.

Najib telah tewas 7 kerusi parlimen (menang 1 kembali) dan mengalami undi beralih 2.89%.

Bagaimana jika pada PRU14, keputusan Najib lebih baik?

Dasar untuk satu dekad yang lalu mungkin tidak sesuai sekarang.


Diterjemah dengan sehabis baik berdasarkan hasil tulisan Lim Sian See : LINK