Pakatan Rakyat sokong Wan Azizah sebagai MB

Sesuatu yang amat penting untuk diperhatikan. Mengapa begitu terdesak sekali Anwar Ibrahim mahukan isterinya yang tiada pengalaman pentadbiran negeri, tiada latar belakang korporat, bekas Ahli Parlimen cukup-cukup makan, kemahiran berdebat yang lemah, seorang suri rumah yang kononnya mahu berehat dari politik dan menjaga cucu serta bukan anak jati Selangor, diangkat menjadi seorang Menteri Besar proksi?

Apa sudah tiada lagikah calon yang lebih berkaliber atau sekurang-kurangnya setanding dengan Khalid Ibrahim? Apa sebenarnya ‘permainan’ atau objektif Anwar dalam hal MB ini? Sudah-sudahlah menjual kononnya demi rakyat dan demi Selangor. Ada sesuatu yang Anwar amat perlukan dan dengan Wan Azizah sebagai MB akan permudahkannya. ‘Langkah Kajang’ akan jadi titik mula kehancuran negara ini apabila demokrasi dilacurkan, semata-mata untuk memenuhi nafsu seorang bekas TPM. Sediakan ‘pop corn’, cerekarama baru nak bermula. Tahniah rakyat Selangor!

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak mahu dicalonkan untuk jawatan menteri besar Selangor, sekali gus memberi laluan untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah menyandang jawatan itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi menerima cadangan PAS untuk nama Azmin turut dikemukakan bersama Azizah bagi jawatan itu.

Bagaimanapun Azmin Ali tidak mahu dipertimbangkan untuk kerusi Menteri Besar, sebaliknya memberikan sokongan kepada Azizah, kata satu kenyataan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibacakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar baru Selangor,” kata kenyataan itu.

“Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan Pakatan Rakyat itu ditandatangani oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai MB tidak hadir pada mesyuarat itu.

Ini bermakna, mesyuarat PAS 17 Ogos adalah satu perkara yang amat sia-sia.