Pas bagi 24 jam untuk 2 adun tarik balik sokongan untuk Wan Azizah

Mengapa apabila Khalid dipecat kerana engkar arahan parti, ramai yang memaki hamun sedangkan bukankah 2 ADUN PAS juga ENGKAR DENGAN ARAHAN PARTI mereka dengan secara terbuka menyokong Wan Azizah menjadi MB?

Mari kita lihat pendirian 2 orang ADUN ini. Mari kita lihat siapa ‘bos’ mereka sebenar. Nyata, Anwarinas bukan hanya dongengan.

PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

“Tindakan dua ADUN (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

“PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan,” kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap Azizah.

Dalam kenyataannya petang ini, Khairuddin berkata, tindakan Saari dan Hasnul itu tidak menurut tatacara dan arahan parti, gopoh dan “terlalu taksub”.

“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulama yang harus kita patuh. Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti di belakangkan.

“Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?” kata Khairuddin sambil meminta dua ADUN itu sabar menunggu mesyuarat penting itu.

Beliau justeru “menasihatkan” dua ADUN itu menarik balik pendirian mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin.

Ini katanya termasuk “melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon”.