Pas calonkan Azmin Ali sebagai MB baru

Akhirnya, cita-cita Azmin Ali untuk menjadi MB akan tercapai. Seperti dijangka, PAS pasti akhirnya menukar pendirian yang sebelum ini tidak setuju supaya Khalid diturunkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS hari ini sebulat suara memutuskan bahawa parti itu akan terus komited dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Presiden Mohammad Sabu yang mempengerusikan sidang akhbar hari ini, PAS juga tidak akan menuntut kerusi menteri besar Selangor.

Sebaliknya, kata beliau PAS juga bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dan mengangkat dua nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, PAS juga bersetuju nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dikemukakan bersama.

Menurut Mohammad, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bersetuju bahawa sebelum menteri besar baru mengambil-alih jawatan, semua exco PAS akan bekerjasama dengan Khalid dalam kerajaan sementara.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih enggan mengulas berhubung pencalonannya sebagai pengganti menteri besar Selangor oleh PAS di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Saya belum dimaklumkan secara rasmi. Petang ini kita akan ada mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang.

“Tempat tidak diberitahu lagi. Lepas itu saya akan komen selepas bincang dengan pimpinan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mendoakan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis dalam pentadbiran Selangor sedia ada.

“Kita doa yang terbaik,” katanya.

Tahniah, dan boleh berhenti berpolitik dan salahkan BN, segera tadbir semula negeri anda demi rakyat.