PAS tetap bagi 2 nama untuk jawatan MB baru

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

“Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama),” katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda Sultan meminta Pakatan mengemukakan “dua atau lebih nama”, dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.