PAS tolak Anwar Ibrahim sebagai PM sebelum PRU13

Rafizi berkata, PR menghadapi masalah mencapai kata persetujuan untuk melantik calon perdana menteri.

“Bayangkan dalam tempoh ENAM TAHUN kita tidak pernah mencapai persetujuan siapa layak untuk menjadi perdana menteri,” katanya.

Katanya, meskipun PKR meletakkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri namun ia tolak pimpinan tertinggi PAS.

“Kita hendak masuk PRU13, PAS tidak setuju Anwar sebagai perdana menteri. Delegasi PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

“Kerana itu mereka perlu faham bukan senang untuk berdiplomasi, keputusan tukar Adun merupakan keputusan PKR, namun tukar menteri besar ialah isu pakatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno.

“Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu ‘tutup buku’ tanpa ada sebarang pengumuman,” kata Zuhdi dalam Facebooknya.

Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:”Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.”