Pemilihan PKR akhirnya muktamad

Hebat sungguh Presiden PKR yang juga bakal MB Selangor mengemudi haluan partinya ini.

Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya.

Antaranya ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang dilantik.

Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seorang lagi pencabar Azmin – Tan Sri Khalid Ibrahim – terkeluar daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di ibu pejabat parti itu hari ini.