Peraturan untuk hari berkabung Negara

Pada hari tersebut, mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam. Majlis penuh istiadat sebagai menghormati jenazah MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tujuan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014:

Tarikh 22 Ogos 2014 dipilij sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai 2014 di wilayah Donestk, timur Ukraine. Pada hari tersebut kerajaan turut menerima 16 daripada 24 jenazah warga Malaysia termasuk seorang warga Belanda tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 MH17:

  1. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;
  2. Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;
  3. Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang. Bagi yang berugama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih)/selendang hitam; dan
  4. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.

Harap maklum dan mohon sebaran.

Terbaru, senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok:

  1. Mastura Mustafa (P) – Anak Kapal – Islam
  2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) – Kru Teknikal – Islam
  3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) – Anak Kapal – Islam
  4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) – Anak Kapal – Islam
  5. Dora Shahila Kassim (P) – Anak Kapal – Islam
  6. Foo Ming Lee (L) – Penumpang – Buddha
  7. Karamjit Sigh Karnail Singh (L) – Penumpang – Sikh
  8. Ng Qing Zheng (L) – Penumpang – Buddha
  9. Mabel Anthony Samy (P) – Penumpang – Kristian
  10. Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) – Penumpang – Kristian
  11. Elisabeth Ng Lyeti (P) – Penumpang – Buddha
  12. Lee Hui Pin (P) – Anak Kapal – Buddha
  13. Angeline Premila Rajandaran (P) – Anak Kapal – Kristian
  14. Ariza Ghazalee (P) – Penumpang – Islam
  15. Muhammad Afif Tambi (L) – Penumpang – Islam
  16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) – Penumpang – Islam
  17. Chong Yee Pheng (P) – Anak Kapal – Kristian
  18. Azrina Yakob (P) – Anak Kapal – Islam
  19. Mohd Ali Md Salim (L) – Penumpang – Islam
  20. Hasni Hardi Parlan (L) – Penumpang – Islam