Rafizi diselar bangkitkan isu Bank Islam walaupun terjadi sebelum Khalid jadi MB

Dakwaan Rafizi Ramli yg menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara.

Dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian ‘bawah meja’. Ia melibatkan dua isu besar iaitu: (1) perselisihan mengenai isu2 Syariah yang menyentuh kontrak Bai’ al-‘Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu ‘inter-conditionality’, ‘pre-signed documents’ dan muwaataah. (2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif.

Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu2 inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua2 pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah. Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Persoalan besar yg perlu ditanya kepada Rafizi dan PKR, kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan walhal kes Bank Islam ini sudah berlarutan di pelbagai peringkat Mahkamah sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB lagi? Mengaitkannya dengan UMNO juga adalah satu fitnah dan tohmah yang jahat dalam usaha mengkambing-hitamkan pihak ketiga dalam masalah dalaman kronik PKR yg bersungguh2 ingin menobatkan isteri Ketua Umumnya sebagai MB.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI,
President/Yang DiPertua at Yadim, Member of Board of Directors/Independent Non-Executive Director at Affin Islamic Bank Berhad and Shariah Advisory Committee at AIA Takaful International