Rafizi – Khalid tak berani saman dia atau Saifuddin Nasution tapi dia tak berani bagi keterangan kes liwat Anwar

Nak mengata/mencabar Khalid, bos kamu sendiri pengecut!

Rafizi mendakwa, Khalid tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap beliau atau Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (atas) kerana TIDAK MAHU MEMBERI KETERANGAN BERSUMPAH di mahkamah mengenai perjanjian rahsia itu.

“Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok,” cabarnya lagi.

Adakah ini bermakna, ANWAR JUGA TAKUT dan MAHU MENYEMBUNYIKAN SESUATU kerana beliau tidak mahu memberi keterangan secara bersumpah ketika perbicaraan kes liwat 2?

Anwar yang selama ini sering melaung-laungkan konsep lawan tetap lawan, ketelusan dan keadilan, tetapi memilih pendekatan sebaliknya, apabila beliau menutup ruang pasukan pendakwa menyoal balasnya untuk menguji sejauh manakah kebenaran tuduhan-tuduhannya.

Kerana ia tidak dibuat melalui sumpah, tertuduh (yakni Anwar) langsung tidak boleh disoal balas oleh Pendakwaraya atau disoal oleh mahkamah.

Dalam bahasa kasarnya, tertuduh sekadar baca kenyataan syok sendiri. Hakim tidak akan mencatat sebutir apa pun yang dicakapkan oleh tertuduh kerana tiada nilai perundangan.

Jadi jika Rafizi menuduh Khalid takut dan mahu mengelat, adakah ini bermakna ANWAR TAKUT DAN APA YANG MAHU DISOROKKAN DALAM KES LIWAT II?

Baca laporan; Rafizi: Khalid patut saman, bukan bawa pada SPRM : LINK

Betapa penakutnya Anwar dalam kes liwat II : LINK