Rafizi Ramli tuduh PAS paling banyak buat aduan ke atas Khalid

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada ceramahnya di Serksyen 19, Shah Alam malam tadi mendedahkan bahawa pimpinan PAS paling banyak membuat aduan kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, katanya, permintaan supaya Khalid digugurkan juga datangnya daripada pemimpin PAS.

Strategi apa pula ini Rafizi? Meletakkan semua beban ke atas PAS pula?

Kalau kita ingat balik, inilah modus operandi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim setelah dia dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain jawatan-jawatannya dalam UMNO. Pembohongan dilakukan secara berterusan dan dengan sebebas-bebasnya, malah tanpa segan dan malu, mengaitkan apa-apa sahaja untuk menunjukkan kononnya mereka di kalangan orang yang benar.

Tonton sendiri: KINITV